Pages

Subscribe:

Labels

anugerah (2) buku (5) education (2) faeza (4) hadis (1) key chain (1) Kluang (1) makanan (6) mersing (5) Music (7) surat khabar (2) tv (3) video (1)

March 14, 2012

Pembunuhan Kejam terhadap Nurul Nadirah (Dirang)

Rase nyer seluruh antero Malaysia tahu pasal kes nie kan?..Ini bkan laa yg pertama kali berlaku tp dah berkali2..Tiap2 hari ade jer cerita kat surat khbr pasal bunuh..Senang jer seseorg tu nak bunuh2 yer..Ape faktor nye ek?..Diorg xde perasaan takut terhadap tuhan walaupun sedikit?..Entah laa ssh kita nak mentafsir org sbb lain org lain perangai..kan???..Berikutan penemuan rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai,Masai pada 8 mac lalu, pihak jabatan kimia telah membuat penyiasatan melalui kaedah asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusannya "positif" ianya sepadan dengan sampel DNA ibu Dirang iaitu Rosely Alan 25 tahun.Nie serbe sedikit pasal kes Nurul Nadirah di Metro hari ini (wlpn dh mlm baru nak update..sorry tgh hari td letrik xde kat rmh, sbb org TNB wat kerje baik pulih..ape yg nak di'PULIH'kan pon aku xtau huhu)..

----------------------------------------------------------------- 
KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.
“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.
“Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.

----------------------------------------------------------------- 
Nota Kaki : yehaaa esok gi bndr Mersing..Dah happy2 nie sbb nak beli buku cite baru ekekee...Gini laa gaye hidup org yg tgh xde keje huhu..Bile dh dpt keje nnt xtau laa rancak lagi x nak membace..haishh..

0 comments: