London adalah ibu negeri England / UK dan merupakan bandar metropolitan yg paling besar di dalam negara UK.. Selain itu London jugak memiliki kawasan bandar antara yg terbesar di antara benua2 eropah lain..Bandar London kebanyakannya dikelilingi bangunan2 peninggalan zaman pertengahan dan bangunan2 tersebuh masih tersergam indah di tengah2 kota metropolitan itu..Penduduk London pula didiami oleh berbagai2 bangsa, budaya dan agama jadi x mustahillah mereka mempunyai 300 loghat atau bahasa harian yg digunakan penduduk2 disana..Awesome huhh o.O..
Total pegi balik pkai pakej ekonomi best deal MAS adalah around RM3586.00 (jumlah nie kalo bg kat aku leh wat bayar muke beli moto sebijik..kikikiki) nie jumlah x termasuk barang lebih muatan yer harap maklum huhuhu..
Penerbangan ke London akan berhenti di London Heathrow Airport..Drp airport ini rancang laa perjalanan anda untuk ke tempat2 menarik London sebagai contoh kalau hari pertama sampai mesti laa kepenatan kan?? jadi saya cadangkan anda ke Hotel St Giles Hotel & Leisure Club dan lokasi nya di Bedford Avenue, Bloomsburg. Harus pilih hotel ini sbb hotel tersebut antara yg termurah dan service yg OK, charge 1 malam arange RM433.00 untuk single room kalo double room pula RM482.00 (LondoNN ok so jgn terkejut antara hrge paling murah adalah ini)..Nak menuju ke Hotel ini dari Airport senang jer..Sampi jer airport terus tuju ker Heathrow Airport Term 1-3..Dekat kawasan in ada perkhidmatan Subway..Naik sabway tersebut dengan memilih laluan Piccadilly Line yg menuju ke arah Cockfosters..Jgn pulak terus berhenti kat Cockfosters, tu dah di penghujung laluan tau, tu cume arah jer utk pastikan korg ambil laluan nya betul..Dah naik subway ke arah ini berhenti di hentian Leicester Square masa dr airport tersebut ke Leicester Square adelah 50 minit dan ada 19 hentian (gigih laa yer anda mengira setiap hentian ekekeke)..Dah sampai di Leicester Square jalan kaki arah Bedford Ave ianya mengambil masa dalam 10 minit pastu smpi laa Hotel ini...Haaa senang kan :)
Jom usha tempat2 menarik di Kota London yg org selalu kate BaNDo La SgT KaN :)
Westminster Abbey (Dari hotel ke sini cuma 30 minit kalau berjalan kaki manakala 8 minit jer kalo anda memilih untuk menaiki teksi)..Ini adalah sebuah Church where Prince William and Kate Middleton are set to mARrYyyYYY. Selain itu di sini juga adalah tempat Princess Diana funeral in 1997..X salah kalo yg beragama islam pon pegi tp yg pasti niat ingin melihat hasil seni bina hebat dr org2 terhebat yg dikuniakan kehebatan tersebut dr Allah (hancuss bahase ~_~ maaff..)..
Church ini adalah salah satu peninggalan sejarah yg sangat berharga di London beserta hasil seni bina yg amat menakjubkan bg pandangan mata setiap org yg melihat...Utk yg beragama islam tu sorry cume open for worship only..Xpe byk lagi tempat menarik area Westminster Abbey nie cth nye mcm Museum, Bookshop & shop2 lain yg ade kat area2 situ..
Ok jom kite belajar sejarah sisi seni bina Westminster Abbey..Dan jugak yg menarik didalam..(Sah2 laa kalo aku dpt pegi sini xbole masuk dlm so dgr cerite kat intrnet jer laa kuykuykuy)
Seni bina dikawasan ini di lakar kan ala2 gothic-style yg diinspirasikan dari huge cathedrals yg terdapat di Perancis pada masa ianya dibina..
1) Revolusi flying buttresses (Bentuk khusus bagi buttressing ianya pengaruh kuat dari hasil gothic church architecture) ianya dihasil menggunakan kuantiti simen yg minimum tetapi masih boleh menahan sisi2 bangunan ini yg mempunyai ketinggian 100 kaki dari paras bawah ke atas..Emm menakjubkan agak mustahil tetapi itulah kenyataannya dengan kepakaran ahli2 seni bina menghasilkan metarial yg mampu berdiri teguh sehingga kini...(kuasa Allah)
2) The Lady Chapel adalah bangunan tambahan untuk kawasan abbey..Siling di dalam bangunan bahagian ini berbentuk kipas berkubah (fan-vaulted ceiling).
3) Ini adalah kawasan bangunan menara batu kelabu yang di hasilkan oleh seorang arkitek tempatan bernama Nicholas Hawksmoor..Ketika beliau meninggal dunia pada tahun 1735 telah menyebabkan pembinaan bangunan ini terhenti dan kerja2 tersebut tidak complete sehingga tahun 1745..(Lihat laa betapa bagus nyer hasil ciptaan dia yg dikurnia kan oleh Allah sampai 10 tahun baru arkitek lain boleh take over dia nye hasil nie..huyshhh dasyat)
4) Adalah pintu masuk pelawat yg berada dibawah rose window. Yang mencuri tumpuan adalah high altar ianya boleh dilihat secara terus dihadapan tengah2 abbey dan dihadapan turapan marmar Cosmati..Satu inscription Latin disini menyatakan bahawa dunia akan berakhir selepas 19,683 tahun..(Jgn percaya itu semua hanya Allah saja yg mengetahui)
5) Tingkap di dalam nave telah didedikasikan untuk orang-orang yg terkenal sepanjang tahun termasuk jurutera Brunel dan Stevenson..Seluruh sekitar makam dan memorial ada yg berkeadaan baik dan tidak baik sebab pengkebumian sebuah abbey bergantung kepada kekayaan, sebagai contoh si penyair miskin yang bernama Ben Jonson beliau telah dikebumikan disini dengan secara menegak untuk menjimatkan kos ruang lantai.
6) Di luar pintu adalah memorial kepada mangsa-mangsa penindasan, keganasan dan peperangan..Didalam cuma ada kubur pahlawan tetapi tidak diketahui siapa gerangan pahlawannya..
Salah satu pengkebumian oddest dalam abbey ialah Thomes Parr. Ia di katakan lahir pada tahun 1483 dan yang pasti ianya meninggal pada tahun 1635 (OK ketika beliau mati semasa berumur 152 tahun..gulpp o.O) berketurunan inggeris dan hanya bekerja sebagai buruh ladang sahaja. Tetapi setelah beliau mati ahli pakar autopsy di zaman sekarang menyatakan bahawa Thomes Parr mungkin dibawah umur 70 tahun (Sah2 laa org2 zaman dulu kene tipu idop2 + aku pon tertipu pada permulaannye erkkk ????,,,)..
Waaa menarik laa pulak cite pasal Westminster Abbey..Byk lagi nak cite nie terutama perkaitan dengan Henry III tp penat laa nak menaip bahase melayu, kalo sejarah diorg nie ade versi melayu jugak senang laa sikit coz bole 'copy' & 'paste' huhuhu tp rasenyer dah cukup dah nie pengetahuan basic yg korg kene tau pasal Westminister Abbey..Sebenarnya di kawasan London ini byk church2 lame seperti St. Paul's Cathedra where the one of largest churches in the world...OK tutup cite Westminster Abbey yer..
Kalau x selesa nak melawat tmpt2 church ini ape kata pegi Buckingham Place (Queen Elizabeth Place... tempat tinggal Duke and Duchess of Cambridge A.K.A Putera William & Kete Middleton tu huhu)..Ini adalah tempat kediaman rasmi raja british London. Awalnya ia dikenali sebagai Buckingham House dan ianya dibina untuk Duke of Buckingham sebagai rumah besar nya pada tahun 1705..Terletak di City of Westmister (berdekatan dengan Westminster Abbey)..Untuk zaman sekarang selain ianya dikenali sebagai kediaman rasmi diraja, istana ini juga adalah tempat tumpuan tetapan untuk majlis-majlis negeri, layanan2 di raja dan pejabat raja British.
Kawasan ini memiliki ukuran 24 meter tinggi dan 83,000,00 persegi ruang lantai..Bilik-bilik utama istana terdapat di piano nobile iaitu di sisi barat istana yang menghadap taman di belakang istana..Pabila musim panas ada ruang2 bilik seperti Music Room, Blue & White Drawing Room, Green Drawing Room dan Guard Room akan dibuka untuk pelawat..Ingat hnya pada musim panas sahaja :)
The Changing of the Guard adalah sesuatu yg menarik tumpuan bagi pelawat2 yg datang di Buckingham Palace ini..
Nie rakaman video yg memboleh kan anda lebih memahami, tujuan dan adat2 pasal "The Changing of the Guard" (Changing Guard Istana Malaysia pon termasuk dlm video nie hehehe)
Nie pula video ketika perarakan guard2 tersebut memasuki kawasan Istana..Siap ade Marching Band yg mengiringi..Waaa..
Nak merasa pengalaman menaiki cruise mengelilingi pinggiran river di London?..Naik lah River Thames Boad Ride..Cruise ini akan melalui Millenium bridge, Tower bridge, London Eye, Big Ben & the House of Parliament..Perkhidmatannya di buka tiap hari kecuali hari Krismas, bermula pukul 10.00 am ianya dibuka dan akan memulakan perjalan dr Wesminster dan berakhir disini juga..So better kalau dah pergi Buckingham Palace terus pegi ke sini iaitu name tempatnya Tower Pier, kalo jalan kaki cuma 12 minit jer..Dekat kan :)..Masa tour ade lah dalam 40 minit tiket berharga 12.50 GBP bersamaan duit Malaysia dlm RM60 seorang untuk harga kanak-kanan 6.50 GBP, bawah 4 tahun free, warga emas 10.50 GBP & keluarga (4 orang) 38.00 GBP..tapi kalo beli secara online ade discount 10% untuk keluarga 20% potongan..
Jom usha video yg org download kat youtube nie..Mcm best je :)
Tower Bridge - Pandangan dr cruise...WaaaAA OoO
Lepas naik cruise ini, teruskan perjalanan anda dengan patah balik ke Buckingham Palace..
OK beralih ke kawasan Tower of London ..Perjalanan dr Buckingham Palace ke Tower of London mengambil masa lebih kurang 1 jam juga..Cari train London Victoria di kawasan berhampiran Buckinghan Palace, naik train tersebut dan menuju ke Bognor Regis yg memerlukan 1 hentian sahaja turun train tersebut pergi ke persimpangan Clapham, kat situ ada perkhidmatan train London Waterloo naik pula train tersebut menuju ke Hampton Court (8 kali hentian dr tempat naik)..Dah sampai Hampton Court, jalan kaki menuju ke East Molesey..dannn sampi laa kat Tower of London :)..Tower of London atau nama panjang nyer "Her Majesty's Royal Palace and Fortress" adalah sebuah istana bersejarah di tebing utara River Thames yang terletak di tengah-tengah bandar London..Ia terletak didalam London Borough of Tower Halmets yang dipisahkan dari pinggir timur bandaraya London oleh ruang terbuka yg dikenali sebagai Tower Hill..Ia ditubuhkan pada akhir tahun 1066 sebagai Norman Conquest of England..Pada tahun 1078 ketika penaklukan William beliau telah menambah binaan yg dikenali White Tower, ianya adalah sebagai simbol membenci penindasan yg dikenakan ke atas rakyat London oleh golongan pemerintahan elit yg baru ketika itu..Tower of London adalah istana besar yg terawal dibina dan menjadi kediaman diraja pada ketika itu..Ketika zaman pemerintahan Kings Richard the Lionheart, Henry III dan Edward I iaitu pada abad 12 dan 13 barbagai fasa pembinaan dibuat secara beransur2 dan hasilnya adalah apa yg anda dapat lihat sekarang..
OK nie gambaran dari atas Tower of London, laaa dekat rupenyer ngan Tower Bridge tu yer
Ok tempat menarik seterusnya adalah London Eye..Emm kalo dari Tower of London nie mengambil masa lebih kurang 1 jam jugak..Korg kene patah balik train dr Hampton Court ke Waterloo, dah sampai Waterloo jalan kaki ke Vauxhall subway, naik subway tersebut menuju ke Walthamstow Central (ada 13 perhentian dalam masa setengah jam)..Sampai perhentian Walthamstow Central jalan laa kaki menuju ke London Eye..
The London Eye adalah Ferris Wheel gergasi yg terletak di tebing River Thames. Seluruh struktur rangka London Eye ini adalah 135 meter dan mempunyai diameter 120 meter..Setiap satu kapsul tersebut boleh memuatkan 25 orang..Ini laa peluang anda melihat keindahan kota London di dalam kapsul kaca yg mewah :)..Tiket utk org dewasa adalah 18.00 (duit malaysia = RM87.00), Bawah 3 tahun adalah free manakala kanak2, warga emas & org kurang upaya 14.65..
Cantik nye bile waktu malam, tp better kalo tourist pegi waktu senje..Ye laa kalo malam sgt nnt xdpt balik hotel pulak kan hehehe...
Tu je kot yg menarik kat tengah2 bndr nie ade jugak tempat2 lain so rajin2 laa explore yer..Kalo nk balik ke hotel, kene naik subway..Dari London Eye nie jalan kaki ke Walthamstow Central, Naik subway kat sini menuju ke Brixton dengan mengambil laluan Victoria Line (ada 8 perhentian kurang dari setengah jam)..Turun di sini jalan kaki menghala ke Warren Street subway, naik subway tersebut menggunakan laluan Northern Line menuju ke Kennington ( cuma ada 2 perhentian sahaja), jalan kaki sikit sampai dah Hotel..
Selain tu kalo nak shopping pergi la ke Bicester Village Shopping..Boleh naik train atau lagi senang ikut rombongan bas dr London ke tempat ini, masa perjalanan pula cuma 1 jam..Kalo naik bas dr london ade perkhidmatan untuk tourist, dewasa = 21.00 (RM102...OK mahal -,-"), kanak2 bwah 2 tahun free, kanak2 = 11.50 & package family 2+2 = 62.00..
Ini video sekeliling outlet2 yg ada di sini..Emm macam konsep shopping mall terbuka kan huhu dah mcm rumah pulak setiap outlet2 tu ;)
Ok tu jer yg saya dapat explore pasal London, hope ianya dapat membantu anda sekiranya nak melancong ke London ataupon sekadar untuk pengetahuan..Sesungguhnya ilmu itu lagi berkat kan kalo kita xkeberatan berkongsi bersama :)..Senyum2 selalu..
*Nota Kaki : 3 hari explore pasal London nie..Pengalaman yg menakjubkan walaupon cuma dpt tgk melalui internet sahaja..Tu laa kepentingan internet, kita boleh berkongsi pengalaman tanpa mengira sempadan..Nextt nk explore negara mn pula yer???..emmm..
0 comments:
Post a Comment